24 Juni 2004

seringkali yang realiti itu dianggap dusta pada orang yang memandang,
seringkali juga bila aku tidak ingin memperlihatkan kebenaran banyak yang percaya bahawa itu benar
seringkali aku jadi orang yang terhimpit ditengah tengah
seringkali juga aku memainkan perasaan mereka mereka yang tidak seharusnya aku sentuh
tapi dalam segala gala permainan sentuhan perasaan yang aku lakukan ini,
aku menyesal kerana terpaksa melukakan seseorang yang sangat baik
aku tidak pernah menjangkakan aku akan suka dia.
tapi ternyata aku suka dan sayang akan dia.
tidak bisa aku bilang cinta kerana cinta ku tetap pada EN.
tapi, aku sayang dia.
sangat sayang akan dirinya.
dan bintang malam ku,
setelah aku lepaskan dia pergi,
dia cuma sekadar teman
dan tetap akan menjadi teman, bukan kah itu pilihannya?
sebelum aku memutuskan untuk setia pada eric
dan mulai sayang pada yang lain ...
hati ini sebenarnya ada berapa?
aku dan kegilaan ku bercinta dan berkasih sayang ...
:)
kalau aku menyakiti hati orang orang disekelilingku
maafkan aku
mungkin kadang aku terlalu mementingkan diri ku sendiri
maafkan aku
kadang aku sendiri tidak sedar akibat dari setiap perbuatanku
setiap ucapan kata ku
setiap maksud hati ku
maafkan aku
aku tidak ingin bersembunyi disebalik kata 'manusia tidak semuanya sempurna'
itu adalah realiti
aku menjadikan diri ku sebegini
aku membiarkan kesilapan terjadi
maafkan aku
entahlah. aku pun sudah tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan.
jalan luas, tapi aku malas berjalan.
lebih baik aku duduk sahaja, diam.
kalau aku sudah bosan duduk,
akan ku fikirkan, untuk aku berjalan semula.
jalan itu panjang, tiada penghujung.
kerana belum tiba waktunya untuk aku temui hujung jalan ku.
biar aku duduk dulu.
aku penat.
:), one of these days, i will tell the whole world that i am crazy. i really am. :P

Tidak ada komentar: