25 Oktober 2003

ada suara yang memanggil
dikala langkah ku mula melangkah kehadapan
mencari kerlipan cahaya yang kulihat bersinar di depan sana
ada tangan yang menarik ketika senyum terukir dibibir melihat cahaya yang selama ini dikuasai kelam pekat
tapi kenapa mata ku hanya memandang kehadapan
sedangkan telinga ku mendengar?
kenapa aku terus berjalan
sedangkan aku merasa tangan ku ditarik?

cahaya itu semakin mendekat .... tapi kenapa langkahan kaki ku tersekat?
lalu aku berpaling memandang kebawah ...

ah .....

aku duduk disisinya ... cuba memerhati kedalam matanya
ada tangis yang tertahankan
ada serangkai kemarahan yang tak terluapkan
aku kah yang bersalah?

ah ....

ingin aku hapus pergi segala keraguan dijiwanya
ingin aku usir segala kesunyian dihatinya
mengapa cinta ku tidak mampu melakukannya?
tidak kah dia percaya?

kenapa ada sinar kehancuran di jiwa nya?
kenapa ada tanda kedukaan di sanubarinya?
kenapa aku tidak dapat melihat apa yang dirasanya?
kenapa aku membiarkan dia sengsara ...
kenapa aku terus mengheret dirinya yang masih berada di jalan usang?
dan membawanya berjalan dalam kepedihan yang masih merajai hatinya?

ah ...

aku kah yang bersalah?
maafkan aku.
maafkan aku.
seribu maaf dari ku.
cahaya di depan ku itu terlalu indah ..
sehingga aku leka dan terbuai ...
lalai ...

ah ...
biarkanlah cahaya itu menghilang
biarkan lah aku berada didalam gelap yang membenam
asalkan aku ada kamu
kerana aku tahu aku akan selalu ada kamu
walau dalam pekat gelap
dan kalau memang ingin kau akhiri kehidupan
bawalah aku bersama, kerana aku tidak akan mahu meninggalkan kau bersendirian...
apa erti kesendirian ini, jika aku tidak lagi menjadi sang dewi buat sang bintang yang abadi

ini jari ku tersusun ...
memohon maaf dari seorang insan yang telah ku sakiti hatinya.
biar kita duduk bersama disini.
daripada kita nantinya sama sama sendiri.

aku cinta dia
ah...
aku terlalu mencintai dia.
dan aku ingin tetap memaut tangannya ....
biarpun nantinya kami akan sama sama terus tenggelam dalam kegelapan yang menghancurkan.
ah ... biarkan ...
kerana aku mencintai dirinya.

Tidak ada komentar: